Wednesday, January 19, 2011

Salam untuk Semua..

Salam ukhwah..
 
Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman serba sedikit tentang penyimpanan emas ni. Pada mulanya saya tak tau langsung mengenai emas ni. Apa yang saya tau emas ni harganya mahal, lebih pada perhiasan wanita. So saya tak pandang pun emas. Saya lebih cendrung pada simpanan duit. Simpan di bank, ataupun melabur di amanah saham. Memang betul contohnya ASB memang bagi kita pulangan 7-8% setahun. ada saham amanah yang bagi pulangan sehingga 15%. Tetapi pernah tak tuan2 fikir nilai matawang kita semakin menurun? Dulu masa tahun 1990 an zaman sekolah RM1 boleh beli nasi lemak + telur + ikan bilis & kacang + timun + air sirap ais lagi.. Tp sekarang RM1 boleh beli ape ye? sama jugak zaman rasullullah dulu kira2 1400tahun 1 ekor kambing dijual pada harga 1 dinar. Cuba tuan2 tanya dekat penjual kambing harga sekarang 1 ekor kambing berapa? Lebih kurang RM600++ kan? bersamaan 1 dinar juga!.tgok dekat sebelah kanan harga 1 dinar. sama! maknaya disini matawang berunsurkan emas memang terbukti kalis insflasi. fikir2 kan lah.. Duit RM1000 sekarang pergi bercuti di KL dalam masa 1-2 hari je habis. Bak orang kata duit sekarang macam air. Sekarang kalau tuan2 perasan sedikit demi sedikit subsidi yang diberi oleh kerajaan dikurangkan. Harga barangan sekarang yang tinggi tak mampu lagi kerajaan nak bg subsidi. 
 
Keuntungan sekiranya disedari dari awal lagi…

Bayangkan 10 tahun akan datang berapa nilai 20gram emas saya, sekiranya anak-anak nak masuk Universiti dengan simpanan emas ditangan, saya jual, terjamin masa hadapan anak-anak. Duit simpanan (wang kertas) tidak mampu menjamin ketahap nilai emas ditangan kerana 10 tahun yang akan datang nanti, semua kos sara hidup akan bertambah. Wang kertas RM10,000.00 simpanan kita tidak bermakna lagi untuk 10 tahun yang akan datang, nilai itu terlalu kecil.

* 5-10 tahun akan datang; anak nak masuk universiti
* duit pembedahan dengan kos yg tinggi
* Sekiranya berlaku apa-apa keatas saya, apa yang tinggal kepada anak-anak…?

Dengan menjual beberapa keping emas dalam simpanan, insyaallah anak/orang tersayang akan terjamin. Harga emas telah diperakui selama bertahun-tahun, nilai tidak pernah berhenti naik. Bayangkan 5 tahun dahulu harga emas dan 5 tahun yang akan datang.

Simpanan wang kertas memang bagus tidak kira bagaimana kita simpan namun sekiranya kita celik mata, masih ada pelaburan untuk masa hadapan yg lebih menjamin jadi mengapa saya tidak berkongsi maklumat ini.
 
Marilah sama-sama kita menyimpan emas demi masadepan kewangan kita. Emas sebenarnya adalah penyimpan kekayaan sebenar. Fikir2kan lah.
 
 

No comments:

Post a Comment