Tuesday, February 22, 2011

Berita Terbaik Penyimpan Emas!


Tahniah kepada anda yang membeli emas pada pertengahan bulan lepas. Pasti tersenyum lebar dengan kenaikan logam ini :) kepada yang belum merasa aura menyimpan emas cubalah menyimpan sekurang-kurangnya 1dinar. Insyallah anda pasti teruja dengan aura yang diberikan daripada logam yg bernama emas ini. Semakin lama anda tunggu semakin rugilah anda untuk merasa kekayaan sebenar daripada logam yang bernilai yang dicipta oleh allah s.w.t :)
Sekiranya anda berminat untuk memilikinya jangan segan, jangan malu call saya sekarang 0197916962 / 0127643868.

Thursday, February 17, 2011

Memajak 1 Dinar Di Agro Bank Pontian


1) Saya membeli 1 dinar 3kpg 3 minggu lepas pada harga RM620/1pcs.
2) Minggu lepas saya memerlukan RM1300 untuk kegunaan peribadi. Saya tak jual, tetapi saya pajak dinar saya.
3) Di Ar-Rahnu (Agro Bank), saya telah mendapat 70% pinjaman dengan dinar saya. Dari nilai dinar yang dikira saya menerima RM1355! Ya, anda boleh dapat 70% dari nilai dinar emas anda. Memang berbaloi sangat dengan dinar emas.
4) Dan selepas dikira upah simpan yang dikenakan hanyalah RM87.15 sahaja selama 6 bulan. Memang murah sangat kan?
5) Selepas itu, saya pun gunakan wang saya itu. Jadi dapatlah saya selesaikan masalah peribadi saya dengan wang tersebut.
6) Eh! Bagaimana dengan pembayaran? Ketahuilah anda hanya perlu membayar hanya selepas sebulan anda membuat pajakan iaitu sebanyak RM14.53 setiap bulan selama 6 bulan sahaja. Kiraannya adalah RM14.53 X 6 bulan = RM87.15...RM1355 (Pinjaman Anda) + RM87.15 (Upah Simpan 6bulan) = RM1422.15~ Tiada Interest, Tiada Bunga, Tiada Caj Tersembunyi ~Hanya itu yang perlu anda bayar! Teruja bukan?
7) Selepas itu anda akan kembali menerima Dinar Emas kesayangan anda. Dan bayangkan selepas anda memegangnya kembali, dijamin harganya ketika itu adalah lebih tinggi semasa anda pajakkan 6 bulan lepas! Untung bukan?Jadi masalah peribadi anda selesai, dinar anda juga masih di tangan. Tak salah lagi mengapa ianya layak digelar sebagai pelindung kekayaan! Memang terbukti hebat kan dengan dinar emas? Saya bukan menggalakkan anda untuk pajak emas, tetapi ianya adalah salah satu teknik supaya anda tidak kehilangan dinar emas anda itu. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar perlukan wang bukannya untuk berjoli sakan pula ya...? :)