Friday, August 19, 2011

Harga Emas Melonjak Naik!

Assalamualaikum Semua..
Wow harga emas sudah semakin melonjak ke paras tertinggi melepasi USD1850 per ounce hari ini. Ini adalah kerana faktor ekonomi dunia yang tidak menentu dimana Had Hutang US dan Eropah semakin membimbangkan. Maka para pelabur tertumpu kepada aset yang lebih stabil untuk jangkamasa panjang iaitu dengan membeli emas sebanyak mungkin. Baru-baru ini Korea selatan telah membeli emas sebanyak 25tan untuk simpanan negaranya. Begitu juga negara-negara lain sperti China dan India. Mari kita Imbas kembali harga barang kemas dahulu dan yang terkini.

Harga 18 feb 2011

Harga 25 Feb 2011

Harga 19 Ogos 2011

                                                                   Harga 20 Ogos 2011

Sudah terbukti pelaburan dalam bentuk jongkong emas, barang kemas memang sangat menguntungkan. Sekiranya anda berminat untuk menceburi pelaburan dalam bentuk emas fizikal yang murah dan mengikut harga dunia semasa boleh hubungi saya di 0197916962.
Sekian.

  

Thursday, April 14, 2011

Jualan Harga Runtuh! Clear Stock!

20g public gold x 1pcs - RM3200

250g Public Silver x 1pcs - RM1300

Pos laju / skynet - RM10

sms/call 0127643868.

SOLD! TQ

Tuesday, February 22, 2011

Berita Terbaik Penyimpan Emas!


Tahniah kepada anda yang membeli emas pada pertengahan bulan lepas. Pasti tersenyum lebar dengan kenaikan logam ini :) kepada yang belum merasa aura menyimpan emas cubalah menyimpan sekurang-kurangnya 1dinar. Insyallah anda pasti teruja dengan aura yang diberikan daripada logam yg bernama emas ini. Semakin lama anda tunggu semakin rugilah anda untuk merasa kekayaan sebenar daripada logam yang bernilai yang dicipta oleh allah s.w.t :)
Sekiranya anda berminat untuk memilikinya jangan segan, jangan malu call saya sekarang 0197916962 / 0127643868.

Thursday, February 17, 2011

Memajak 1 Dinar Di Agro Bank Pontian


1) Saya membeli 1 dinar 3kpg 3 minggu lepas pada harga RM620/1pcs.
2) Minggu lepas saya memerlukan RM1300 untuk kegunaan peribadi. Saya tak jual, tetapi saya pajak dinar saya.
3) Di Ar-Rahnu (Agro Bank), saya telah mendapat 70% pinjaman dengan dinar saya. Dari nilai dinar yang dikira saya menerima RM1355! Ya, anda boleh dapat 70% dari nilai dinar emas anda. Memang berbaloi sangat dengan dinar emas.
4) Dan selepas dikira upah simpan yang dikenakan hanyalah RM87.15 sahaja selama 6 bulan. Memang murah sangat kan?
5) Selepas itu, saya pun gunakan wang saya itu. Jadi dapatlah saya selesaikan masalah peribadi saya dengan wang tersebut.
6) Eh! Bagaimana dengan pembayaran? Ketahuilah anda hanya perlu membayar hanya selepas sebulan anda membuat pajakan iaitu sebanyak RM14.53 setiap bulan selama 6 bulan sahaja. Kiraannya adalah RM14.53 X 6 bulan = RM87.15...RM1355 (Pinjaman Anda) + RM87.15 (Upah Simpan 6bulan) = RM1422.15~ Tiada Interest, Tiada Bunga, Tiada Caj Tersembunyi ~Hanya itu yang perlu anda bayar! Teruja bukan?
7) Selepas itu anda akan kembali menerima Dinar Emas kesayangan anda. Dan bayangkan selepas anda memegangnya kembali, dijamin harganya ketika itu adalah lebih tinggi semasa anda pajakkan 6 bulan lepas! Untung bukan?Jadi masalah peribadi anda selesai, dinar anda juga masih di tangan. Tak salah lagi mengapa ianya layak digelar sebagai pelindung kekayaan! Memang terbukti hebat kan dengan dinar emas? Saya bukan menggalakkan anda untuk pajak emas, tetapi ianya adalah salah satu teknik supaya anda tidak kehilangan dinar emas anda itu. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar perlukan wang bukannya untuk berjoli sakan pula ya...? :)

Wednesday, January 19, 2011

Salam untuk Semua..

Salam ukhwah..
 
Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman serba sedikit tentang penyimpanan emas ni. Pada mulanya saya tak tau langsung mengenai emas ni. Apa yang saya tau emas ni harganya mahal, lebih pada perhiasan wanita. So saya tak pandang pun emas. Saya lebih cendrung pada simpanan duit. Simpan di bank, ataupun melabur di amanah saham. Memang betul contohnya ASB memang bagi kita pulangan 7-8% setahun. ada saham amanah yang bagi pulangan sehingga 15%. Tetapi pernah tak tuan2 fikir nilai matawang kita semakin menurun? Dulu masa tahun 1990 an zaman sekolah RM1 boleh beli nasi lemak + telur + ikan bilis & kacang + timun + air sirap ais lagi.. Tp sekarang RM1 boleh beli ape ye? sama jugak zaman rasullullah dulu kira2 1400tahun 1 ekor kambing dijual pada harga 1 dinar. Cuba tuan2 tanya dekat penjual kambing harga sekarang 1 ekor kambing berapa? Lebih kurang RM600++ kan? bersamaan 1 dinar juga!.tgok dekat sebelah kanan harga 1 dinar. sama! maknaya disini matawang berunsurkan emas memang terbukti kalis insflasi. fikir2 kan lah.. Duit RM1000 sekarang pergi bercuti di KL dalam masa 1-2 hari je habis. Bak orang kata duit sekarang macam air. Sekarang kalau tuan2 perasan sedikit demi sedikit subsidi yang diberi oleh kerajaan dikurangkan. Harga barangan sekarang yang tinggi tak mampu lagi kerajaan nak bg subsidi. 
 
Keuntungan sekiranya disedari dari awal lagi…

Bayangkan 10 tahun akan datang berapa nilai 20gram emas saya, sekiranya anak-anak nak masuk Universiti dengan simpanan emas ditangan, saya jual, terjamin masa hadapan anak-anak. Duit simpanan (wang kertas) tidak mampu menjamin ketahap nilai emas ditangan kerana 10 tahun yang akan datang nanti, semua kos sara hidup akan bertambah. Wang kertas RM10,000.00 simpanan kita tidak bermakna lagi untuk 10 tahun yang akan datang, nilai itu terlalu kecil.

* 5-10 tahun akan datang; anak nak masuk universiti
* duit pembedahan dengan kos yg tinggi
* Sekiranya berlaku apa-apa keatas saya, apa yang tinggal kepada anak-anak…?

Dengan menjual beberapa keping emas dalam simpanan, insyaallah anak/orang tersayang akan terjamin. Harga emas telah diperakui selama bertahun-tahun, nilai tidak pernah berhenti naik. Bayangkan 5 tahun dahulu harga emas dan 5 tahun yang akan datang.

Simpanan wang kertas memang bagus tidak kira bagaimana kita simpan namun sekiranya kita celik mata, masih ada pelaburan untuk masa hadapan yg lebih menjamin jadi mengapa saya tidak berkongsi maklumat ini.
 
Marilah sama-sama kita menyimpan emas demi masadepan kewangan kita. Emas sebenarnya adalah penyimpan kekayaan sebenar. Fikir2kan lah.