Thursday, January 13, 2011

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan
kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh
dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah
menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun
sebagai wang.
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan
kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki
emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini.
Kita juga dianggap kaya.
Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan
kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.



KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG
TERBAIK.
Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.
Apabila memberikan seminar berkenaan pelaburan emas, saya selalu memberikan contoh
berikut.
Cuba anda pegang wang kertas RM50 seperti ini..
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang
kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”
Jawapan.. Boleh.. senang sangat.
Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar

 
Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko
kehilangan kekayaan.
Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.
Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.


2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.





3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.
 
Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket.
 
Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.
 
Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009?
Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman.  Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.
 
Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang


Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:
Daripada graf di atas kita dapat lihat:


Nilai emas semakin meningkat
Nilai wang kertas semakin menurun
Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.


4. Emas adalah aset yang terunggul.




Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an,  beribu-ribu orang pelarian  daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.
Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.


5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
 
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia  tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
 
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.
 
Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.



Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991 Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009






2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
 

No comments:

Post a Comment